Diberdayakan oleh Blogger.

Akasyah...Satu-satunya Pemuda Yang Berani Tuntut Qishos Nabi SAW

Ketika saat ajal Rasulullah SAW datang menggamit, maka Rasulullah SAW meminta Bilal untuk melaungkan azan memanggil para sahabat untuk berkumpul.

Setelah kaum Muhajirin dan Ansar berkumpul, naiklah Rasulullah SAW ke atas mimbar. Dengan linangan air mata, maka berkhutbah Rasulullah SAW :

Sesungguhnya aku ini Nabi mu. Yang menyeru mu ke arah jalan Allah. Anggaplah diri ku sebagai saudara mu. Anggaplah diri ku sebagai bapa mu. Andainya ada di kalangan kamu yang merasa teraniaya oleh ku, bangkitlah diri mu sekarang untuk menuntut qisas kepada ku, sebelum aku dituntut qisas di akhirat.

Tiada di kalangan para sahabat yang berdiri. Baginda mengulangi ayatnya untuk kali kedua. Masih tidak ada seorang pun yang berdiri untuk menuntut qisas dari Rasulullah SAW. Lalu baginda mengulangi lagi ayatnya untuk kali ketiga. Maka berdirilah seorang pemuda, Akasyah bin Muhsin.

Dia berjalan dan berdiri betul-betul di depan Rasulullah SAW lalu berkata :
Demi Allah, ayah dan ibu ku menjadi tebusan mu Ya Rasulullah. Andainya tidak engkau ulangi kata-kata mu sebanyak tiga kali, takkan mungkin aku berani menuntut hak ku terhadap diri mu..Ya Rasulullah, Ingatkah kau sewaktu peperangan Badar, unta ku dan unta mu bergerak beiringan ?

Pernah ketika aku turun dari unta ku untuk mencium pahamu, Engkau telah memukul bahagian rusuk ku dengan cambuk pemukul untamu. Aku tidak tahu apakah kau sengaja memukul diri ku atau kau tidak sengaja.

Namun aku harap hakku menuntut qisas diterima oleh mu.Maka aku menuntut qisas dari mu untuk memukul rusukmu dengan cambuk pemukul unta.

Terkejut seluruh para sahabat atas permintaan Akasyah. Mereka menyifatkan tindakan Akasyah itu di luar batas sopan serta mengaibkan Rasulullah SAW.

Namun Rasulullah SAW dengan tenang menyetujui permintaan Akasyah.
Maka Rasulullah SAW meminta Bilal ke rumah Fatimah untuk mengambil cambuk pemukul untanya.

Setelah diambil, cambuk tersebut diserahkan kepada Rasulullah SAW. Lantas Rasulullah SAW menghulurkan cambuk tersebut kepada Akasyah. Perlakuan Akasyah dilihat oleh Abu Bakar dan Umar. Maka tampillah mereka berdua berdiri antara Rasulullah SAW dan Akasyah seraya berkata :

Wahai Akasyah. Kami ini sahabat dekat Rasulullah SAW. Pukullah kami berdua sepuas hati mu. Bebaskanlah Rasulullah SAW dari qisasmu.

Tapi kata-kata Abu Bakar dibidas oleh Rasulullah SAW. Duduklah kamu berdua wahai Abu Bakar dan Umar. Allah tahu kedudukan kamu berdua di akhirat. Biarlah aku menanggung akibat dari perbuatan ku sendiri.

Lantas Saidina Ali bangkit dari duduknya dan berdiri didepan Akasyah seraya berkata :

Wahai Akasyah, andainya pada fikiran mu Abu Bakar dan Umar bukan di kalangan keluarga Rasulullah, maka aku sebagai menantu Rasulullah berdiri didepan mu. Pukullah aku sepuas hati mu.

Pukullah aku dengan tangan mu. Deralah diri ku sepuas hati mu.Tapi jangan kau pukul Rasulullah.

Berkata Rasulullah SAW :
Hai Ali, mundurlah kau dari Akasyah. Allah tahu kedudukan mu di sisi ku. Biarlah ku tanggung akibat perbuatan ku. Kerana aku takut qisas di akhirat yang lagi dahsyat. Kemudian tampil pula dua beradik, Hassan dan Hussein. Cucu kesayangan Rasulullah SAW.

Mereka berkata :
Wahai Akasyah, bukankah sudah kau tahu bahawa kami ini cucu kandung kepada Rasulullah. Qisaslah kami, bererti engkau telah mengqisas Rasulullah. Bebaskanlah Rasulullah dan ambillah kami sebagi pengganti.

Berkata Rasulullah SAW kepada cucu-cucu baginda Nabi :
Wahai cucu penyejuk mata ku. Duduklah kalian berdua. Ini bukanlah sesuatu yang boleh diwariskan kepada mu. Biar aku tanggung hasil perbuatan ku.

Kemudian Rasulullah SAW memalingkan mukanya dan bersemuka dengan Akasyah, lalu baginda berkata :

Wahai Akasyah, pukullah aku jika kau berhasrat menuntut qisas.
Berkata Akasyah :

Wahai Rasulullah, sewaktu engkau memukulku, aku dalam keadaan tidak berbaju. Dengan tenang, Rasulullah menanggalkan kancing bajunya dan meleraikan bajunya ke lantai masjid.

Menangislah para sahabat melihat begitu daif Rasulullah diperlakukan oleh Akasyah.Terlihat Akasyah melihat tubuh putih Rasulullah SAW, perlahan-lahan dihampirinya, diusap perlahan dan dicium belakang Rasulullah SAW.

Tubuh Rasulullah SAW didakap erat dengan penuh kasih sayang dengan linangan air mata sambil berkata :

Wahai Rasulullah. Ruhku menjadi tebusan buat diri mu. Siapakah aku yang tergamak mengqisas kekasih Allah.

Aku bukanlah sahabat terdekatmu, tetapi sahabatmu yang jauh. Hidup ku dipinggir kota. Sabdaan mu hanya ku dengar dihujung lidah para sahabat bukan terus dari lidah mu.

Aku sengaja memohon mengqisas dirimu agar dapat ku pertemukan kulit tubuh ku dengan kulit tubuh mu yang mulia agar dengannya nanti Allah akan memelihara diriku dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Rasulullah SAW membalas dakapan Akasyah dan berkata :

Ketahuilah wahai para sahabat. Barangsiapa ingin melihat penghuni syurga, lihatlah pada peribadi pemuda ini. Seluruh umat Islam di Kota Madinah bersorak melaungkan takbir menyambut berita gembira. Walaupun di awal suasana penuh emosi, namun akhirnya ditakdirkan merupakan berita gembira buat Akasyah kerana Rasulullah SAW telah mengisyaratkan bahawa dirinya adalah penghuni syurga...

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Akasyah...Satu-satunya Pemuda Yang Berani Tuntut Qishos Nabi SAW"

 
Template By Kunci Dunia
Back To Top